Friday, May 1, 2009

Apa kena dengan aku ni???


(Belajar-Berilmu-Beramal-Berbakti-Berpahala)

salam,
Hurm..awal pagi tadi aku bangun dalam keadaan yang terkebil-kebil...terfikir-fikir...macam orang dungu....macam tak reti nak buat ape....padehal dalam otak aku ligat berpusing, berdebat dengan diri sendiri....

1) Kenapa tak pegi solat subuh di surau?dah bangun awal ni?buat rugi jer bangun awal tapi tak pergi solat subuh berjemaah kat surau. ceh!

2) Malam tadi sebelum tidur buat apa?ada baca doa sebelum tidur?solat Isyak tak?solat Taubat sebelum tidur?ada buat?mane la tau kalau2 tak sempat/takde peluang nak bangun da pagi nie???haa..nasib baik la pagi ni aku dapat bangun lagi (bernyawa)....Alhamdulillah

3) dan macam-macam ragam dalam kepala otak aku...

kadang-kadang aku tak sedar apa yang aku buat..betul atau tidak...baik atau jahat...tak perasan....tapi aku pernah dengar seseorang pernah menyebut:

" Dengan adanya solat 5 waktu itulah, kita dapat menguruskan hari-hari kita dengan teratur"

1)Solat Subuh
dari pagi ( solat subuh), bangun awal, siap-siap berkemas....siap sedia..kalau bangun lambat camne nak solat subuh?jauh lagi nak bersiap-siap ke tempat kerja/belajar..jadi kalut ada ler..masa solat subuh tu plak dapat doa untuk hari ni..semoga hari ni rezeki bertambah, badan sihat, mudah belajar..mudah buat kerja...dan macam-macam lagi. kan baikk begitu?

2)Solat Zohor
kerja/belajar sammmpai pula ke tengah hari..rest jap..penat tau..letih...(solat zohor)..boleh rehat dan "refresh" otak masa ni..nasib baik la ada waktu solat zohor..rehat sikit kepala, badan...tadi masa kerja/belajar,rase macam nak pecah kepala! Tapi masa ambil wuduk (air sembahyang) tu, bila anggota badan mencecah air..perrghhh...segar-bugar diri ini beb!ahh..leganya...pastu solat zohor...doa, mohon ampun, mohon mudah kerja..mohon mudah belajar..kebaikan dunia akhirat..dan lain-lain..Habis solat sambung kerja/belajar semula,dengan keadaan fizikal dan emosi yang tenang. hasil kerja pun lebih baik!sebab waktu ni fikiran dah mudah fokus.

3) Solat Asar
habis waktu bekerja/belajar, petang pun tiba....solat Asar menjelma...untuk apa?bersyukur pada Allah, tadi aku da buat kerja dengan habis baik..doa mudah-mudahan kerja yang kita buat dari pagi tadi itu sampai ke petang tadi ni, di terima sebagai ibadah oleh Allah...takde la kerja kita tu sia-sia je...tak dapat apa-apa...eh?tau tak?semua kebaikan yang kita buat tu dapat pahala tau?buat kerja , tolong orang, belajar,buat orang senang hati, tersenyum, semua tu dapat pahala tau?kalau kita niat ikhlas beramal kerana Allah...boleh kan...senang jew nak dapat pahala..kan?

4) Solat Maghrib
Dah nak gelap ni...bila nak mandi?teringat kat Solat Maghrib yang mendatang, baru kita sedar nak mandi. Berebut nak guna bilik air pulak tu?hehe.Agaknya la, kalau takde waktu Solat Magrib tu, tak mandi la kita sampai esok pagi.hehe. Bergurau jew =) waktu selepas solat magrib ni sesuai untuk membaca Al-Quran dan berdoa. Lagi pun tempoh waktu untuk solat Magrib ini singkat, maka sementara menunggu waktu Isyak masuk, bolehlah kita melakukan amalan-amalan yang dapat pahala tapi mudah nak buat. contoh?baca Al-Quran, berzikir...solat Taubat, solat Hajat..lebih baik kalau dapat lakukan secara bersama-sama dengan keluarga (bagi yang dah berkeluarga).. selepas solat maghrib,berkumpul semua suami,isteri, dan anak-anak untuk membaca Al-Quran bersama-sama..lagi cantik kalau dapat baca Al-Quran Terjemahan...tak banyak, sehelai muka surat dalam satu hari pun dah cukup..lepas tu berehat la menunggu waktu Isyak..baru berkat hidup berkeluarga,baru hidup berkeluarga itu jadi harmoni..kan?

5)Solat Isyak
Akhir sekali Solat Isyak...Apa perasaan selepas bersolat?jiwa tenang..rileks je..kenapa ya?sebab apa?antara beberapa faktornya ialah masa solat tadi tu kita dah doakan untuk diri kita..siapa sangka kan?bacaan-bacaan dalam solat yang bahasa Arab tu, yang selalu kita baca dalam solat tu, yang kekadang kita tak faham langsung isi kandungan bacaan-bacaan dalam solat itu, sebenarnya terdapat doa-doa untuk kebaikan untuk diri kita!Maha Suci Allah!tambahan lagi selepas solat kita berdoa/memohon kepada Allah..minta selamat di dunia dan akhirat,minta berjaya...dan sebagainya...tenang hati rasanya lepas tu kan?badan rasa segar, otak pun rasa "fresh". pastu mudah la untuk kita belajar, sebab otak sudah bersedia dalam keadaan yang fokus pada waktu itu..dan pada waktu Isyak ini jugalah kita berdoa untuk kebaikan hari esok.



Itulah dia sedikit sebanyak hikmah solat 5 waktu yang dapat saya huraikan untuk tatapan dan renungan kita bersama. Kerana tidak ada satu benda pun yang Allah Ta'ala perintahkan dan ciptakan itu adalah sia-sia, bahkan setiap darinya itu mempunyai kebaikan, kelebihan , dan hikmah yang tersembunyi. Yang belum dapat kita gali.

"Begitulah Bagaimana Caranya Islam Itu Membantu Kita Mengurus Masa."



Tulisan ini bukan untuk mengingatkan anda (pembaca) sahaja, tapi untuk mengingatkan diri saya juga yang sering kali tergoda dan terpesona dengan tipu daya dunia. Berdoalah kita untuk kesejahteraan diri kita, anda( para pembaca blog saya), ibubapa kita,guru-guru kita, kawan-kawan kita, dan seluruh umat manusia umumnya. Amin...

sekian saja untuk kali ini.Salam