Friday, May 28, 2010

Menangis!!!!!!!!!!!!

Ingin aku Menangis
Mengenali mu

Ingin aku Menangis
Mencintai mu

Ingin aku Menangis
Melepaskan mu

Ingin aku Menangis
Kerana-Mu

Friday, May 14, 2010

~Kenal~

Tersirat di balik ejaan
Sembunyi di balik angka

Tersorok di balik warna
Pada lukisan itu ada apa?

....................

Adanya kamu
Di balik dinding yang tidak berkaca

9.23a.m
Jumaat,14 mei 2010




Saturday, May 1, 2010

~Lupakanku~

Aku sakit
Adakah dia juga
..........
Sakit?

Tidak!

Jika dia sakit?
Sekalipun benar
Dia tetap akan

Menafikannya

Tidak mengakuinya

Bibir cuba bicara
"Tiada yang serupa antara kita!"

Tapi hati berkata
"Rasa dan emosi kita adalah

SAMA!"

Marah
Sakit
Sibuk
Gembira
Suka
Mabuk
Gila

Tapi
Kau sorok
Kau nafikannya
Kau tak mengakuinya

Adakah kerana
Jasadku dan jasadmu tak bertemu?

Adakah kerana
Aku tiada di hadapan mu?

Lukakanku

Dan terus

Lupakanku


Saturday, April 24, 2010

~Terhenti~

Kadang-kadang kurasakan
Biarkan
Semua ini

Terhenti

Masa
Kisah hidupku
Kisah cintaku
Kisah matiku
Kisah kasihku

Kisah Kisah ini
Kisah Kisah itu

Cerita Cinta Aku
Cerita Cinta Kamu

Bila segala telah di perbaharui
Di tukar
dan
Di ganti

Baru aku mengerti
Bahawa
Hidup ini hanya sekali

Tentang kisah kisah ini
Satu hari nanti

Pasti akan

~Terhenti~

~Jalan Mati~

Puas sudah aku berjalan
Bila tiba di penghujungnya
Cuma ada
Satu

Jalan Mati

Di depan ku

Dan Aku tak mampu
Untuk
ke depan
Mahu pun kebelakang

Lagi.

~Cuma berhenti~

Monday, April 19, 2010

~Rintik-Rintik Hujan~

Tadi Siang
Cerah

Tiba-tiba
Hujan merintik

Setitis demi
Setitis

Monday, April 5, 2010

~Belukar~

Semak samun
Di sini sana

Semak samun
Harus di bersihkan

Segera

Takut ada ular
Ada haiwan berbisa

Jika benar ada

Maka akan terancamlah
Nyawa anak-anak kita

Semak samun
Harus di bersihkan

Agar dapat ia
Jadi taman

Untuk anak-anak kita bermain
Dengan ceria
Dan selamat

Semak samun
Kita yang harus bersihkan
Kitalah yang harus

Mulakan